Kehangatan Hari Raya Aidilfitri semakin terasa apabila ia dijangka disambut pada 13 Mei 2021.
Namun situasi perayaan itu berbeza pada tahun ini apabila ia menjadi tahun kedua negara berdepan situasi pandemik COVID-19.
Ia sekaligus menyebabkan kerajaan bertindak menyekat rakyat Malaysia untuk merentas negeri.
Pada 6 Mei 2021, penyanyi, pelakon dan pelawak Achey telah berkongsi satu video di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: ‘Dengki’ Dengan Kawan-Kawan Khairulaming, Achey Mahu Pergi Ke Rumah Chef Selebriti Itu
Hantaran berkenaan adalah reaksi Achey ketika mendengar lagu raya di dalam kereta.
Ia menunjukkan perubahan warna dirinya yang mencuit hati ramai.
Beliau menulis caption ringkas “???…. tabah lahhhh” untuk perkongsian itu.
Melalui ruangan komen, ramai yang meninggalkan pendapat mereka termasuklah beberapa rakan artis.
Bertabahlah Achey, satu Malaysia dapat merasai perasaan hiba menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Sumber: Instagram Achey