Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Lain Macam Mengumpat!” Ada Cara Tersendiri Nak Bergosip, Aksi Syatilla Melvin Buat Pecah Perut

today3 April 2021

Background

Siapa je yang tak tahu dengan keletan adik beradik Melvin ni, lebih-lebih lagi apabila mereka berempat bergabung confirm kecoh keadaan!

Kepada yang tidak tahu, adik beradik Melvin yang dimaksudkan ialah Syatilla Melvin, Syifa Melvin, Syafiqa Melvin dan Syida Melvin.

Kali ini Syatilla telah membuat perangai yang tak diduga apabila ibu kepada dua cahaya mata itu kongsikan cara beliau bergosip bersama dengan adik beradiknya yang lain.

Menerusi posting yang dimuat naik olehnya di laman Instagram itu menunjukkan Syatilla telah menarik tudung yang dipakainya untuk ‘cover‘ apabila bergosip bersama dengan adik adiknya.

Lebih melucukan lagi apabila tudung tersebut mampu untuk menutup wajahnya bersama dengan Syifa dan adik bongsunya iaitu Melvina.

Pengikutnya turut terhibur melihat aksi lucu adik beradik itu dan memuji kelebihan yang ada pada tudung tersebut.

Syatilla ni sehari tak buat lawak memang tak sah tau, sebab tu lah ramai pengikutnya sering menantikan Instagram story yang akan dikongsikan olehnya setiap hari.

Sekarang dah tahu kan anak sulung Syatilla iaitu Syeriv Samheizy ikut perangai gila-gila siapa?

Sumber foto dan video: Instagram Syatilla Melvin

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Instafamous Kelantan

Sosial

Pukul Dan Sepak Mangsa, Dua Remaja Di Kelantan Jadi Perhatian Pihak Polis

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Tular baru-baru ini di media sosial apabila dilaporkan dua remaja dari Kelantan telah menolak dan menyepak seorang mangsa berkali-kali. Video yang dikongsikan menerusi laman Facebook IRDK Kelantan dilaporkan turut menjadi perhatian pihak polis di mana polis kini sedang mengesan dua remaja perempuan di daerah Tanah Merah, Kelantan ini. budok manoo nii ?? bolok laa hooo . ??? Posted... […]

today3 April 2021