Hot FM

Lancar Bertutur Loghat Terengganu, Peminat Terhibur Dengan Perkongsian Sarah Raissuddin

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan secara bebas.

Namun kalau bab makan, ini memang paling best!

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah berkongsi satu hantaran tentang resepi Laksa Terengganu.

Baca artikel berkaitan: Berkongsi Kisah Suka Duka, Siti Sarah Tunjukkan Tempat Dirinya Membesar

“Laksa Ganu Resepi moyang

Okay ni haaa yang korang tunggu-tunggu tu.. Banyak DM tanya mana laksa ? Boleh laa buat makan-makan petang. Sapa pernah makan Laksa macam ni?”

Menariknya, Sarah fasih bertutur dalam loghat Terengganu sepanjang video tersebut.

Persoalan itu ada diajukan oleh peminat kepada Sarah tentang dirinya yang boleh menggunakan loghat tersebut dengan lancar.

Rupa-rupanya keluarga arwah ibunya berasal dari Terengganu, patutlah.

Apapun perkongsian Sarah itu mendapat perhatian ramai kerana makanan yang dimasak berkenaan dilihat menyelerakan.

 

Sumber: Instagram Siti Sarah Raissuddin

Exit mobile version