Sedih rasanya bila orang yang paling kita percayai tiba-tiba melarikan diri lebih-lebih lagi selepas kita menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada keluarga.
Pelakon Emma Maembong telah kongsikan satu berita mengejutkan mengenai pembantu rumahnya yang selama ini dipercayai rupa-rupanya mempunyai niat lain selepas semua kehendaknya dipenuhi.
Menurut Emma, pembantu rumah itu baru sahaja diberikan telefon bimbit baharu dan dibawa untuk membeli pakaian.
Namun difahamkan pembantu tersebut telah melarikan diri selepas mengenali seorang lelaki di laman Facebook yang berjanji untuk berkahwin dengannya.
“Emma tak tahu kenapa dia lari, sebab kitorang okay tak ada masalah. Dia kerja dengan Emma, Emma happy suka, semua benda dia buat. Emma sayang dia sampai anggap dia macam family. Emma bagi duit dekat dia untuk shopping, Emma tengok phone dia macam dah lama Emma bagi phone baru.”
“Emma sayang dia ikhlas sebab dia jaga anak Emma elok. Tapi maid sorang lagi bagitahu dia lari sebab kenal dengan sorang lelaki dekat Facebook, nak kahwin. Lelaki tu janji nak kahwin dengan dia, tak bagi kerja jadi bibik dah. Emma tak marah kalau kata nak kahwin, silap hari bulan Emma boleh belikan baju wedding dia, Emma siapkan pelamin dia sebab memang sayang sangat.”

Sebelum pembantu tersebut melarikan diri keesokan harinya, Emma sempat berborak dengannya, malah mereka berbual seperti biasa dalam keadaan yang gembira.
Emma turut akui berasa agak sedih dan kecewa apabila pembantu tersebut sanggup untuk tinggalkan anaknya, Shariq Gabriel begitu sahaja.
Mujur anak Emma baik-baik sahaja, kalau ada perkara yang tak diingini berlaku pada si kecil itu mesti Emma akan jadi bertambah sedih.
Semoga dengan usaha yang Emma lakukan ini akan menemui jalan penyelesaian, diharapkan pembantu rumah tersebut akan segera dijumpai.
Sumber foto dan video: Instagram Emma Maembong