Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Lebih 30 Saat!” Lama Hidung Kena ‘Jolok’, Ramai Kasihan Tengok Anak Nabila Huda Buat Swab Test

today17 May 2021

Background

Bagai nak gugur jantung mummy tengok! Rasa nak cucuk kat hidung abang tu balik!

Itu lah apa yang dikatakan oleh pelakon Nabila Huda apabila melihat anak gadisnya, Keisha Laila melakukan swab test COVID-19.

Sebelum ini, pelakon Nora Danish dan Tiz Zaqyah disahkan positif COVID-19, begitu juga dengan Nabil atau lebih mesra dengan panggilan Abil.

Abil ada memuat naik satu video pendek ketika Keisha sedang melakukan swab test dan jelas disitu kelihatan si kecil berusia 12 tahun itu menahan rasa sakit yang dialaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Aksi Keisha menahan sakit turut mendapat perhatian ramai selepas melihat swab test yang dilakukan mengambil masa yang lama sehingga.

Rata-rata daripada mereka berasa kasihan melihat Keisha terpaksa menahan sakit sewaktu hidungnya dijolok.

Namun Keisha masih tetap kuat menahan sakit dan tidak menangis walau sedikit pun.

Semoga Abil terus kuat menjalani kuarantin di rumah dan diharapkan semua yang positif akan sembuh seperti sedia kala.

Baca juga artikel berkaitan:

Makin Membimbangkan, Tiz Zaqyah Dan Nora Danish Disahkan Positif COVID-19

Hari Ketiga Kena Kuarantin, Ney Ney Dah Mula Rindukan Nora Danish Sampai Minum Air…

Sumber foto dan video: Instagram Nabila Huda

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post