Masih terasa lagi kepanasan drama Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin yang baru sahaja menamatkan siaran pada 16 Februari lalu.
Lakonan luar biasa yang diberikan oleh Nad Zainal telah membuatkan ramai penonton berasa puas hati dengan plot twist drama tersebut.

Walaupun sudah dua kali membawa watak sebagai seorang isteri yang dianiaya oleh suami, namun ibu kepada sorang cahaya mata itu tetap berjaya menyampikan lakonan yang terbaik.
Kini, Nad sekali lagi bakal tampil dengan telemovie baharu dibawah arahan Bade Azmi yang turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Amyza Aznan dan ramai lagi.


Nad turut ada kongsikan fotonya ketika menjalani pengambaran telemovie tersebut yang mana ketika itu beliau masih lagi belum berbadan dua.
Menurut Nad, beliau mahu membawa karakter lain daripada dirinya sendiri.
Maka dengan itu, berakhirlah watak Mona bagi drama Hati Yang Tersakiti serta Juweta dalam drama Takdir Yang Tertulis.
Nampaknya ramai sudah tidak sabar untuk melihat Nad membawa watak di luar comfort zone pelakon berusia 31 tahun itu.

Tak sabar pula rasanya nak tengok Nad berlakon bawa watak kasar ala-ala abang abang!
Bila agaknya telemovie tu bakal disiarkan ya?
Sumber foto: Instagram Nad Zainal