Kata orang rezeki selepas kahwin ni datang daripada pelbagai bentuk, sama ada anak, wang ringgit, dipermudahkan segala urusan dan macam-macam lagi.
Tapi bagi pasangan suami isteri pelakon Mira Filzah dan Wan Emir Astar, rezeki mereka datang dalam bentuk yang sangat unik iaitu ditawarkan untuk berlakon dalam iklan raya bersama-sama!

Seperti sedia maklum, Mira merupakan duta telefon bimbit Vivo Malaysia dan sempena dengan Aidilfitri yang dijangka akan diraikan pada 13 Mei ini, Mira tampil bersama dengan Emir dalam iklan tersebut.
Video penuh iklan yang diberi tajuk Antara Dua Hati itu dapat ditonton secara penuh di laman Instagram Vivo Malaysia.
Rata-rata penonton yang menonton iklan tersebut berasa teruja melihat gandingan pertama kali antara Mira dan Emir berlakon.
Lebih menarik lagi, ramai yang mahukan Mira dan Emir berlakon bersama dalam mana-mana drama tempatan.
Mereka turut memuji keserasian antara pasangan suami isteri tersebut sehingga menganggap video berkenaan bagaikan sebuah drama pendek.
Alamak, makin sibuk lah Emir lepas ni nak bahagikan masa antara kerjaya sebagai arkitek dengan menjadi seorang pelakon.
Mana tahu lepas ni akan ada mana-mana pengarah nak ambil Emir jadi pelakon pula kan, dapat pula heroin tu Mira, mesti best!
Sumber foto dan video: Instagram Vivo Malaysia dan Instagram Mira Filzah