Siapa yang ingat dengan filem “Istanbul Aku Datang” yang pernah ditayangkan suatu ketika dahulu, lakonan Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok?
Fuh cakap je pasal filem tersebut, mesti teringat maggi asam laksa yang Lisa sibuk berebut dengan Beto tu. Eee geram!

Terbaharu, sempena ulangtahun kelahiran Beto yang disambut pada 19 Februari 1980 yang ke 40 tahun, pelakon dan pengacara terkenal Lisa Surihani memuat naik ucapan hari jadi buat Beto di laman Instagram beliau!
Namun apa yang menarik perhatian adalah, kapsyen yang ditulis oleh Lisa mengimbas kembali kenangan semasa filem Istanbul Aku Datang ditayangkan!
View this post on Instagram
“Happy Birthday Harris. Kalau tidak kerana kawan Ijoy rumah Jalur Gemilang tu, tk mungkin saya boleh dapatkan Maggi Asam Laksa di sana. Nasib baik. Sebab lepas tu, baru awak lembut hati. Tp insiden kucing tu , saya masih merajuk lagi. Xoxo, D. *publish!*”
OMG. Penonton tegar filem ini pasti mengingati babak-babak yang disebutkan oleh Lisa itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut mengimbas kembali babak-babak di dalam filem berkenaan yang disukai mereka, siap sempat mengusik Lisa ataupun “Dian” yang penakut kucing!

Kami di Hot FM pun nak ucapkan Happy Birthday buat Beto, semoga terus dimurahkan rezeki dan sihat selalu!
Sumber : Instagram Lisa Surihani
Baca artikel berkaitan : Comel! Aksi Beto Kusyairy Kena Denda Buat TikTok Dengan Nora Danish Menarik Perhatian