Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Lizzy Je Harapan Kami” Elizabeth Tan Jatuh Skateboard Tapi Lain Pula Yang Netizen Komen

today19 February 2021

Background

Malang memang tidak berbau, tapi lagi malang kalau dah terjatuh tapi lain pula yang dapat perhatian.

Itu la apa yang terjadi kepada penyanyi Elizabeth Tan apabila terdapat komen patah hati beberapa jejaka di laman Instagram miliknya.

Pada awalnya video tersebut menunjukkan Elizabeth atau lebih mesra disapa dengan panggilan Lizzy terjatuh ketika sedang bermain skateboard.

Walaubagaimanapun, ramai yang berasa simpati apabila melihat penyanyi lagu Beku itu terjatuh terhentak begitu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Namun apa yang melucukan ialah apabila terdapat komen yang tidak sepatutnya telah ditinggalkan di posting berkenaan.



Nampaknya ramai pemuda masih lagi belum move on apabila pelakon Hannah Delisha telah disatukan bersama dengan pasangannya pada 18 Februari lalu.

Mereka turut berharap agar Lizzy tidak memberi kejutan dengan berkahwin secara tiba-tiba kerana bagi mereka, Lizzy sahaja harapan yang ada.

Aduh macam-macam eh korang ni!

Macam mana la kalau Lizzy betul-betul kahwin nanti, mesti ramai yang frust kan?

Apa pun harapnya Lizzy okay okay sahaja, sakit jugak tengok jatuh tu!

Sumber foto dan video: Instagram Elizabeth Tan

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Godam Website Kerajaan, Admin ‘Anonymous Malaysia’ Antara 11 Suspek Yang Ditahan Polis

Menerusi satu laporan, mereka mendakwa antara laman web yang terlibat ialah laman milik kerajaan negeri Sabah, Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Perbandaran Selayang.Terbaru, tiga lagi sistem kerajaan negeri Johor, Sabah dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga dipercayai telah digodam.

today19 February 2021