Hati bapa mana yang tak kecewa apabila mendapat berita tentang perkahwinan anak yang diadakan tanpa pengetahuan sehingga membuatkan dirinya rasa diketepikan.
Itu lah apa yang sedang dialami oleh chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan selepas mendapati anak gadisnya, Serina telah bernikah bersama dengan lelaki pilihannya di Siam.

Berita itu telah membuatkan Chef Wan sendiri terkejut kerana sepatutnya pernikahan itu diadakan pada bulan Oktober ini tetapi telah dilangsungkan berbulan lebih awal.
View this post on Instagram
Beliau turut kongsikan kekecewaan dan luahan hatinya berikutan isu tersebut dan mengakui sangat kecewa diperlakukan begitu.
Untuk maklumat, Serina sudah pun bernikah dan beliau bersama suami ingin mendaftarkan semula perkahwinan di Malaysia bagi mengikuti undang-undang negara.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, Chef Wan turut mengakui bahawa beliau tidak pernah melarang Serina berkahwin lain selepas kegagalan rumah tangganya yang terdahulu cuma lebih elok ia dibuat dengan penuh adat dan cara yang betul.
Ramai pengikut Chef Wan turut memberikan kata-kata sokongan kepada beliau dan menasihati agar beliau terus kuat mengharung ujian ini.
Namun menerusi posting terbaharu Serina, beliau memaklumkan bahawa pernikahan itu sama sekali tidak dilakukan di Siam.

Malah, ketika ini segala pintu sempadan masih lagi ditutup semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) yang diadakan pada tahun lalu.
“I pun terkejut papa cakap kami kawin di Siam, fikir lah Logik border pun tutup mana ada bukak. Memang I akui ramai yg hasut papa dan cucuk papa macam macam suka tengok keluarga kami hancur. I always respect my father. Kami tak ada masalah pun selama ni.
Serina turut menafikan dakwaan kononnya suaminya mempunyai isteri pertama namun hakikatnya beliau merupakan seorang duda.

Apa pun semoga kekalutan ini dapat diselesaikan dengan segera, semoga hubungan antara Chef Wan bersama anak dan menantu dapat diperbaiki.
Sumber foto: Instagram Chef Wan Dan Serina Redzuawan