Hot FM

Lubang Hidung Kembang Jadi Persoalan Netizen, Luqman Faiz Tampil Dengan Jawapan Win!

Penyanyi BBNU yang popular dengan lagu Kepuraanmu, iaitu Luqman Faiz baru-baru ini mencuit hati warganet apabila beliau memuat naik satu tangkap layar perbualannya bersama salah seorang pengikut yang menghantar mesej seakan curious dengan hidungnya.

“Assalam bang kenapa hidung kembang sangat sorry jangan terguris hati” tulis salah seorang pengikut di IG 

Tampil secara bersahaja dan spontan, Luqman tidak melatah malah menjawab dengan jawapan yang lucu.

“Waalaikummussalam, adik pernah menggeleset bawah almari tak?”

Aduhai win betul jawapan Luqman ni!

Meninjau di ruangan komen  rata-rata warganet turut terhibur dengan soalan yang diberikan dan jawapan Luqman.

Min pun terhibur lah baca gurau senda ni.

Exit mobile version