Sudah 9 tahun tempoh perkahwinan pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari sejak mereka bernikah pada 4 Mei 2012.
Perkara itu diberitahu oleh Scha melalui satu hantaran di Instagram beliau.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: Senyuman Dalam Tangisan, Scha Alyahya Throwback Video Lara Alana Redha Kena Tinggal
Video yang dikongsikan Scha menunjukkan beliau mengejutkan Awal daripada tidur untuk mengucapkan happy anniversary kepada suaminya itu.
Namun Awal yang kelihatan masih mamai menyebut bahawa hari tersebut adalah 5 hari bulan.
Melalui caption:-
“May the Fourth be with you Daddy ?
04052012
HAPPY 9th ANNIVERSARY DADDY ! @awalashaari”
Wah, sudah 9 tahun rupanya mereka bergelar suami isteri dan mereka hidup dengan bahagia bersama dua orang puteri iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.
Melalui ruangan komen, ada yang memberitahu bahawa Awal kelihatan seperti Lyla versi dewasa.
Scha pula membalas bahawa Lyla versi dewasa itu ialah seorang yang cepat mengantuk dan pelupa.
Beliau juga memberitahu bahawa Awal seorang yang cepat letih.
Betul ke Scha?
Sementara itu, ada juga komen-komen lain menyentuh tentang Awal yang lupa tarikh penting berkenaan.
Apapun, kami di Hot FM juga ingin mengucapkan happy wedding anniversary buat Scha dan Awal, semoga keluarga mereka terus berbahagia bersama cahaya mata yang dimiliki mereka.
Sumber: Instagram Scha Alyahya