Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Macam Bakal Ayah Anak Saya” Berkain Pelikat, MK Buat Hati Gadis Bergetar Di Bulan Ramadan

today14 April 2021

Background

Penyanyi MK daripada kumpulan K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sering menjadi perhatian peminat, lebih-lebih lagi dalam kalangan para gadis.

Jika sebelum ini MK sering kongsikan foto beliau tidak memakai baju, kali ini bersempena bulan Ramadan beliau tampil dengan imej lain pula.

Penyanyi lagu Mimpi itu tampil dengan foto berbaju putih sambil memakai kain pelikat!

Disebabkan foto tersebut, beberapa gadis kelihatan tidak senang duduk sehingga ada yang sempat memberi pickup line kepadanya.

Namun rata-rata mereka mengucapkan Salam Ramadan kepada penyanyi berusia 25 tahun itu bagi membalas semula caption yang ditulis olehnya.

Mungkin MK ada projek baharu, sebab tu beliau ambil gambar dengan baju t-shirt putih bersama dengan kain pelikat tu kan?

Maklum lah, sebelum ini pun sewaktu beliau sering tampil tidak berbaju itu bertujuan untuk mempromosikan satu produk apabila beliau telah menjadi sebahagian daripada duta kepada produk berkenaan.

Apa pun, kita doakan supaya bulan Ramadan ni MK tak post gambar tak berbaju lah sebab risau nanti ada yang resah pula!

Sumber foto: Instagram MK K-Clique

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

People wearing protective face masks amid the coronavirus disease (COVID-19) outbreak, make their way during rush hour at a train station in Jakarta,

Sosial

Microsoft Label Rakyat Indonesia Sebagai Orang Paling Tidak Sopan Di Asia Tenggara, Ini Sebabnya

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Netizen Indonesia kembali mendapat perhatian antarabangsa setelah kes serangan di ruangan komen ke atas pasangan gay di Thailand. Bukan hanya menghina, netizen Indonesia malah mengancam untuk membunuh pasangan gay terbabit. Akibatnya, pasangan terbabit membawa kes itu ke pengetahuan pihak berkuasa, dan netizen Indonesia yang mencaci beliau sebelum ini tidak dapat memasuki Thailand. Serangan di laman... Klik sini untuk […]

today14 April 2021