Hot FM

“Macam Body Barbie” Kongsi Video Lepas Work Out, Peminat Puji Bentuk Badan Eina Azman

Bagi sesetengah orang, untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan ramping selepas bersalin merupakan satu perkara yang susah.

Tetapi perkara seperti itu nampaknya tidak ada dalam diri pelakon Datin Paduka Eina Azman apabila beliau masih lagi maintain slim walaupun sudah memiliki sepasang anak kembar.

Video yang dimuat naik oleh Eina di dalam Instagram miliknya telah membuatkan ramai wanita teruja melihat bentuk badan pelakon tersebut.

Lebih-lebih lagi apabila badannya nampak seperti anak dara umur belasan tahun, walaupun usianya kini sudah memasuki 26 tahun.

Eina sememangnya seorang ibu yang sering menjaga penampilan dirinya dan beliau turut sering mengamalkan diet harian bagi mengekalkan bentuk badan ideal.

Namun dalam ada yang teruja melihat bentuk badannya, ada juga yang memberitahu bahawa beliau terlalu kurus.

Alamak, jangan la body shaming!

Tak kisah lah sama ada kurus atau berisi, asalkan badan sihat itu sudah memadai kan?

Sumber foto dan video: Instagram Eina Azman

Exit mobile version