Malam kemuncak akhir pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) telah pun melabuhkan tirai dengan menyaksikan kemenangan trio antara Loka B, Kaka Azraf dan Noki K-Clique bagi lagu Gila.
View this post on Instagram
Namun apa yang turut mendapat perhatian ramai ialah persembahan serta pakaian yang digayakan oleh semua finalis dan juga penyanyi jemputan yang hadir.
Tidak ketinggalan, penyanyi hebat Ziana Zain turut menjadi bualan hangat apabila busana yang digayakan oleh beliau disamakan dengan pakaian pramugari daripada syarikat penerbangan luar negara iaitu Qatar Airways.

Ziana menggayakan aksesori tambahan seperti ‘songkok’ yang menjadikan busana itu saling tak tumpah seperti pramugari.
Tetapi gaya itu tetap mendapat pujian ramai dan mereka turut terhibur melihat persembahan penyanyi lagenda itu.

Pada yang tidak tahu, Ziana pernah bergelar pramugari suatu ketika dahulu menerusi penerbangan Malaysia Airlines.
Pakai sahaja lah apa pun, Ziana Zain tetap nampak cantik dan bergaya!
Sumber foto: Twitter dan Instagram Ziana Zain