Kata orang mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?
Nampaknya pepatah itu sangat sesuai digunakan kepada keluarga pelakon Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim.
Lisa ada memuat naik foto kedua-dua anak mereka iaitu Yahaira dan Yusof yang menggayakan pakaian ala-ala pada zaman 90-an persis seperti ketika zaman kegemilangan kumpulan KRU.

Ini memang betul anak bapak ya!
Yahaira dan Yusof dilihat memakai hoodie berserta face mask dan berkaca mata hitam, tetapi ia bertambah lebih menarik apabila mereka berdua turut sempat posing sambil memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket!
Gaya mereka turut mendapat perhatian ramai pengikut Lisa di laman Instagram dan mereka juga berasa terhibur melihat aksi kedua-dua beradik itu.

Untuk maklumat, Lisa kini sedang berbadan dua namun mereka berdua mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan usia kandungan tersebut.

Tak mengapa lah, apa yang penting ialah kesihatan Lisa dan kandungan, berapa usia kandungan itu kita tunggu sahaja lah sehingga diumumkan.
Semoga semuanya baik-baik sahaja kepada Lisa sekeluarga!
Baca juga artikel sebelum ini:
Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-9, Netizen Teka Lisa Surihani Mengandung?
Sumber foto: Instagram Lisa Surihani