Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Macam Kembar Seiras…” Peminat Teruja, Wany Hasrita Miliki Wajah ‘Copy Paste’ Ayahnya

today19 April 2021

Background

“Mesti anak bapak ni!”

Sudah menjadi kebiasaan, ini adalah antara kata-kata yang sering meniti dari bibir saudara-mara atau rakan taulan sebaik sahaja melihat wajah anak perempuan yang lebih persis dengan ayahnya.

Sempena menyambut ulangtahun kelahiran bapa, penyanyi Wany Hasrita telah memuat naik gambar mesra mereka berdua berserta ucapan dan doa buat ayahnya di laman Instagram miliknya.

caption:

“Happy belated birthday ayah. Semoga diberikan kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat. Sayang ayah. ❤️”

Perkongsian gambar bersama bapanya ini telah berjaya meraih tumpuan ramai kerana hampir keseluruhan wajah yang dimilikinya ini seakan-akan ayahnya sehingga ada yang mengatakan seperti ‘kembar’.

“hahaha ish sebijik! Tu sebab umur dah 55 tahun kalau 25 tahun mesti lagi macam kembar!”

Jika meninjau gambar-gambar hantaran di ruangan profil Instagram miliknya, Wany Hasrita sebenarnya lebih gemar untuk berkongsikan mengenai kerjayanya berbanding hal peribadi.

Mengetahui bahawa penyanyi ini dibesarkan bersama ibunya setelah ibu dan ayah Wany sudah lama berpisah, melihat kemesraan antara Wany dan ayahnya ini menujukkan beliau sememangnya memiliki sifat yang manja.

Beliau yang dahulunya dikategorikan sebagai penyanyi Budak Baru Nak Up (BBNU), Wany Hasrita kini semakin bersinar setelah merangkul tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) dan secara tidak langsung telah berjaya melonjakkan lagi nama dan karier Wany Hasrita sebagai anak seni baharu yang semakin dikenali ramai.

Selain memiliki hidung yang mancung serta perwatakan yang manis, Wany Hasrita sering meriah pujian dalam cara pemakaiannya yang sangat tertib dan sopan.

Rata-rata peminat Wany Hasrita juga mengucapkan ucapan hari lahir kepada ‘ayah Kany’ serta mendoakan agar kesihatan ayahnya ini berpanjangan dan sentiasa dilindungi.

Penyanyi ini turut menzahirkan rasa kesyukuran di atas kurniakan seorang bapa yang dimilikinya ini, serta memohon doa dari peminatnya buat ayah kesayangannya itu.

Wah! Best nya muka ayah dan anak perempuan sama ni, orang tua-tua cakap rumahtangga sejuk.

Apa-apa pun selamat hari jadi ayah Wany, semoga cepat-cepat terima menantu ya.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Wany Hasrita

Written by: Azra Azuar


Previous post

Makanan

Nasi Arab Siti Hawa

Pes Nasi Arab Siti Hawa memang istimewa! - Terdapat dalam tiga perisa iaitu pes nasi arab ayam masala, kambing briyani dan ayam bakar.

today19 April 2021