Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Macam Lemas Je” Siti Nurhaliza Tunjuk Cara Pakai Double Mask, Ramai Risau Takut Sesak Nafas

today27 May 2021

Background

Terkini, Ketua Pengarah Kesihatan  Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ada mengeluarkan arahan untuk memakai double mask selepas eksperimen dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa cara itu dapat mengurangkan risiko pendedahan kepada virus.

Jadi dengan itu, kita semua telah disarankan untuk menggunakan mask tambahan seperti mask fabrik untuk mengelak daripada menjadi salah seorang mangsa kepada virus yang bahaya ini.

Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah terpanggil untuk memberi tutorial tentang cara penggunaan double face mask.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti itu telah kongsikan satu video pendek menunjukkan beliau memakai satu lapis surgical mask dan dilapiskan dengan mask fabrik.

Rata-rata yang menonton video tersebut turut meninggalkan beberapa komen tentang lapisan tersebut.

Ada antara komen yang ditinggalkan memberitahu tidak berasa selesa apabila memakai double face mask kerana khuatir akan berasa sesak nafas serta lemas.

Disebabkan itu, kita disarankan untuk melapiskan surgical face mask itu dengan mask fabrik yang nipis supaya dapat mengelakkan rasa tidak selesa dan lemas.

Mungkin mula-mula kita akan rasa lemas, tapi lama-kelamaan nanti mesti dah selesa jika sentiasa dipraktikkan setiap kali keluar dari rumah.

Ingat lah, petugas barisan hadapan yang berada di hospital itu bukan sahaja memakai double face mask malah berlapis lagi yang mereka perlu pakai untuk mengelakkan diri daripada terkena virus berkenaan.

Sama-sama kita biasakan perubahan norma baharu ni okay!

Baca juga artikel berkaitan:

Isu Majlis Tahnik Anak, Siti Nurhaliza Akui Menteri Agama Hanya Singgah Sebentar Sahaja

“Sedihnya Double Standard” Siap Ada Jurugambar Dan Ustaz Di Hospital, Netizen Persoal SOP Melawat Siti Nurhaliza

Sumber foto dan video: Instagram Siti Nurhaliza

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post