Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Mahu Bertanyakan Pengalaman Berpuasa, Foto Adam Lee ‘Dibanjiri’ Peminat Dari Indonesia

today14 April 2021

Background

“Assalamualaikum Adam lee apa kabar… Alhamdulillah puasa ok aja, saya peminat kamu dari indonesia saya orang dari kalimantan saya sangat minat sekali sama kamu dan sweet qismina muda2 Allah SWT menjodohkan kamu orang berdua hingga ke Jannah nya Allah ya…amin..amin..”

Pelakon Baharu Adam Lee atau dengan nama sebenarnya Muhamad Arif Adam yang terkenal dengan lakonan drama di slot Akasia berjudul Bidadari Salju ini sebenarnya sudah ‘memikat’ hati ramai peminat di negara seberang iaitu Indonesia.

caption:

“Puasa korang macam mana? Ok ke tak?”

Niat asal dirinya mahu memuat naik gambar di laman Instagram berserta caption yang mahu berinteraksi bersama pengikutnya mengenai pengalaman berpuasa di hari pertama, namun ruang komen hantaran Adam Lee telah dibanjiri komen-komen positif mengenai karier lakonannya dari peminat-peminat  yang  berada di Indonesia.

Memang tidak dapat dinafikan, pelakon baharu ini memiliki wajah yang kacak dan ketinggiannya jugak menjadikan tubuh badan dirinya tampak ideal dan mungkin boleh dikategorikan sebagai pelakon ‘pakej lengkap’ bagi memegang watak sebagai hero selain mempunyai bakat lakonan yang baik.

Malah, karier Adam Lee sebagai pelakon semakin dikenali setelah gandingan mantap lakonanya bersama Sweet Qismina di dalam drama yang dilakonkan serta beberapa drama bersama yang lain turut menjadikan pelakon ini semakin dikenali ramai.

Bagi sesiapa yang mengikuti media sosial pelakon ini, pasti tahu bahawa Adam Lee sememangnya mempunyai hubungan istimewa sebagai pasangan kekasih dengan Sweet Qismina yang juga merupakan seorang pelakon.

“Aku minat betul la tengok diorang ni….ingatkan propa kata bercinta sebab nak jual drama je.. rupanya memang betul-betul cinta lokasi!!! semoga bahgiaaaaa la korang ? ? ?”

Kisah percintaan mereka ini bukan sahaja terlihat manis di dalam lakonan, malah di luar set lokasi juga mereka sering berkongsikan gambar-gambar bahagia mereka bersama.

Comel tau Adam Lee dengan Sweet Qismina ni! Peminat-peminat di luar sana jangan jealous okay!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Adam Lee

Written by: Azra Azuar


Previous post