Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Mahu Tiru Aksi Mawar Rashid Dan Suami, Ryzal Terjatuh Gara-Gara Maryam

today29 March 2021

Background

Pasangan bintang media sosial, Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim tidak perlu diperkenalkan lagi.

Pada 28 Mac 2021, pasangan itu melalui akaun Instagram Duriankimchi telah memuat naik satu hantaran di Instagram tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Video itu menunjukkan percubaan pasangan berkenaan untuk meniru aksi sweet yang dibuat oleh pelakon Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakob.

Namun kerana tersilap cara, Ryzal telah terjatuh ke atas lantai setelah cuba menari bersama Maryam.

Melalui caption:-

“Harapkan bini, bini makan suami….”

Walaupun Ryzal dilihat menanggung sakit akibat terjatuh, namun perkongsian ini  menarik perhatian ramai pada ruangan komen kerana ia dilihat lucu.

Moga baik-baik saja Ryzal ye.

 

Baca artikel berkaitan: Tinggalkan Anjing Setelah Pilih Islam, Ryzal Harap Dapat Jadi Suami Terbaik Untuk Maryam

Sumber: Instagram Duriankimchi 

Written by: Hasanah Yusof


Previous post