Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Masak Untuk Bakal Mentua, Elisya Sandha ‘Dinilai’ Oleh Sheila Rusly

today19 January 2021

Background

Nampaknya pelakon Elisya Sandha kini sudah ‘lulus ujian’ untuk menjadi ahli keluarga penerbit Sheila Rusly dan Jinggo.

Wow...Elisya Sandha Bercinta Dengan Anak Sheila Rusly? - Media Hiburan

Elisya yang juga adik kepada pelakon Fasha Sandha kini sedang menjalin cinta bersama dengan salah seorang anak Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.

Seperti yang kita ketahui, Sheila sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan beberapa rakan artis antaranya bersama dengan Ayda Jebat, Ozlynn Waty dan ramai lagi.

Menerusi posting Sheila, Elisya sedang sibuk membuat karipap sambil diperhatikan oleh Sheila.

Sebelum ini, Elisya juga sering membawa lauk pauk dan menunjukkan skill memasaknya di rumah Sheila untuk dihidangkan untuk keluarganya di rumah.

Rata-rata pengikut Sheila di Instagram kelihatan teruja melihat Elisya menunjukkan skill memasaknya serta turut tidak sabar untuk merasai masakan Elisya sendiri.

Sebagai kakak, Fasha sendiri mengakui bahawa karipap sardin yang dimasak oleh Elisya itu sangat enak!

Menjengah di laman Instagram Elisya pula, Sheila memberitahu bahawa selepas ini beliau akan mengajar Elisya memasak nasi mandy pula.

Lepas ni boleh la buat segmen memasak antara Elisya dengan Sheila kan?

Baca juga artikel sebelum ini:

Dah Dapat Green Light, Sheila Rusly Restu Hubungan Elisya Sandha Dengan Anaknya

Sumber foto: Instagram Elisya Sandha dan Sheila Rusly

 

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Selain ‘Hand Sanitizer’, Ini Antara 6 Barang Yang Jadi Rebutan Sejak Penularan Covid-19

Ianya adalah barang keperluan yang mesti dibeli untuk sentiasa memastikan perut kita tidak lapar. Namun, sejak berlakunya pandemik ini barang-barang masakan sering kehabisan dengan sangat laju daripada sebelumnya.Hal ini dipanggil 'panic buying' kerana mereka membeli sesuatu barang dengan kuantiti sangat banyak untuk seisi keluarga.Ianya termasuklah seperti roti-roti, makanan ringan, minuman dan sebagainya.

today19 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *