Hot FM

Masih Aktif BerTikTok Walaupun Sarat Mengandung, Reaksi Suami Ain Edruce Ini Bikin Ramai Terhibur

Bagi yang mengikuti pengacara dan pelawak terkenal di laman sosial iaitu Ain Edruce pasti sudah familiar dengan kekecohan beliau walaupun sedang sarat mengandung 7 bulan, ditambah pula dengan suka menyakat suaminya, Amirul Hafiz yang dilihat pasrah setiap kali ‘dibuli’ oleh pengacara tersebut.

Sentiasa berkongsi content-content lucu di laman sosial Instagram mereka, terbaharu Ain memuat naik video menari di TikTok sambil cuba mengajak suaminya itu join sekali.

“Susah lah nak buat @amirul_hafizz ber tiktok together. Lagu dah layan dah ni, Baby pun dah nari2, bapak die x sporting ?”

Aduhai kalau tengok muka Amirul tu memang kelakar habis!

Meninjau di ruangan komen, ramai yang geram dan ketawa melihat reaksi Amirul yang seperti tiada perasaan!

Terhibur tengok keletah pasangan yang bakal menjadi ibubapa tidak lama lagi ni!

Semoga dipermudahkan urusan bersalin Ain.

 

Sumber: Instagram Ain Edruce

Baca artikel berkaitan : Geram! Kalah Dalam Whisper Challenge, Ain Edruce Tarik Rambut Suami

Exit mobile version