Masih lagi dengan demam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35), pada 15 Mac Naim Daniel telah memuat naik satu foto berserta dengan kapsyen.

Naim yang terkenal dengan lagu-lagu balada menyatakan beliau masih lagi berharap agar pada AJL 36 akan datang, beliau dan rakan seperjuangan yang lain dapat berentap bersama.
Penyanyi lagu Sumpah itu telah memuat naik satu fotonya bersama dengan Yonnyboii yang turut tidak melepasi saingan separuh akhir yang mempertaruhkan lagu Sakit ke pentas AJL 35.

Caption yang ditinggalkan oleh Naim itu benar-benar bermakna sehingga membuatkan ramai yang memberi kata-kata semangat kepada mereka berdua.
Ramai beranggapan bahawa kemungkinan besar ada rezeki untuk Naim dan Yonnyboii mempertaruhkan lagu mereka bersama dengan penyanyi lain pada musim akan datang.

Ketika AJL 34 lalu, Naim telah dinobatkan sebagai juara sehingga membuatkan beliau berharap untuk turut sekali lagi bersaing pada 14 Mac lalu.
Namun itu bukan lah penamat buat Naim, walaupun tahun ini beliau tidak bertanding tetapi membuat persembahan ketika AJL 35 turut membuatkan ramai berasa teruja dengan kemunculannya bersama dengan Yonnyboii bersama dengan Ratu Rock Ella ketika acara pembukaan .
Tak mengapa Naim, ada lagi rezeki untuk tahun depan dan seterusnya, jangan berhenti berkarya kerana bakat yang ada itu mampu untuk menghasilkan banyak lagu yang penuh bermakna.
Baca artikel berkaitan:
Lap Piala AJL34, Peminat Tetap Beri Sokongan Padu Pada Naim Daniel
Sumber foto: Instagram Naim Daniel