Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Memang Copy Paste” Disangka Ada Cermin, Wajah Anak Gadis Nabila Huda Sebijik Sepertinya

today13 March 2021

Background

Kata orang mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? 

Begitu lah juga kepada pelakon berbakat besar iaitu Nabila Huda ini apabila anak gadisnya yang bernama Keisha Laila kelihatan sebijik seperti wajahnya.

Bukan itu sahaja, gaya Keisha turut kelihatan seakan-akan sama seperti Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil itu.

Abil ada memuat naik satu foto ketika beliau dan Keisha sedang bersenam di sebuah gimnasium.

Keisha turut memakai pakaian sama seperti Abil sehingga membuatkan ramai menyangka terdapat cermin besar di belakang Abil.

Ramai juga meninggalkan komen memberitahu muka mereka seakan-akan copy paste, maklum lah dah anak beranak mesti la ada iras-iras mukanya kan.

Keisha kini yang sudah berusia 12 tahun turut tinggal bersama dengan Abil dan suaminya iaitu Mohd Izwan Johar.

Nampaknya lepas ni Keisha mesti akan lawan ketinggian mummy tu kan, kalah la Abil lepas ni.

Sumber foto: Instagram Nabila Huda

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Nor azirah j&T

Sosial

Rasa Ditindas, Kesemua Bayaran ‘Rider’ Wanita Ini Dibatalkan J&T Selepas Terima Aduan Pelanggan

Sejak pandemik COVID-19 hadir, dapat dilihat orang ramai bekerja keras dalam usaha untuk memperoleh pendapatan bagi menyara diri dan keluarga. Lambakan orang ramai yang turut menggunakan perkhidmatan kurier sekaligus menjadi peluang buang individu lain berkhidmat sebagai rider. Dalam pada itu, di sebalik usaha baik individu ini dalam mencari rezeki, timbul pula isu di mana pegawai syarikat kurier J&T cawangan Cheras Jaya memilih untuk tidak memberikan sebarang bayaran gara-gara menerima... Klik […]

today13 March 2021