Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Mengaku Masih Solo, Izzue Islam dan Ryzal Ibrahim Dihukum Oleh Isteri Masing-Masing

today23 May 2021

Background

Apabila sudah mendirikan rumah tangga, cara bertutur sangat penting supaya tidak membuat pasangan masing-masing ‘naik hantu’.

Pada 22 Mei 2021, Instagram Duriankimchi ada memuat naik satu perkongsian terbaharu yang menampilkan pasangan selebriti media sosial, Maryam Younarae dan suaminya Ryzal Ibrahim.

Video yang dikongsikan tersebut turut menampilkan pelakon Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Baca artikel berkaitan: Duriankimchi Junior Bakal Lahir, Ryzal Ibrahim Terkesima Dapat Tahu Maryam Hamil 3 Bulan

Perkongsian tersebut menunjukkan jenaka yang dibuat oleh Ryzal dan Izzue.

Melalui caption:-

“Siapa pernah minum air ni? Tapi kesianΒ @izzueislamΒ kena tarik telinga denganΒ @awinnurin”

Namun ada satu masa ketika mereka sedang memperkenalkan sejenis jenama air minuman, kedua-duanya mengaku masih solo.

Mendengarkan perkara itu, Awin terus mengambil tindakan kepada Izzue dengan menarik telinganya.

Maryam pula bertindak menarik rambut Ryzal.

Fuh, selepas ini kena lebih berhati-hati guys!

Apapun, perkongsian tersebut adalah berbentuk jenaka dan lihatlah ia daripada sudut positif tau.

 

Sumber: Instagram Duriankimchi dan Izzue Islam.

Written by: Hasanah Yusof


Previous post