Buat ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi, amat penting untuk membuat persediaan dari segi fizikal dan mental, dan tidak dilupakan, penyediaan beg bersalin untuk dibawa ke hospital nanti.
Menerusi perkongsian pelakon terkenal, Nad Zainal di laman Instagram, beliau turut berkongsikan apa yang dibawa olehnya supaya segalanya lebih teratur, mudah untuk dicari dan keperluan penting ada di dalam beg berkenaan.
View this post on Instagram
“APA DALAM BEG HOSPITAL NANAD
Seperti dijanji!
Hospital Bag ini akan terus kita serah pada nurse, kelengkapan baby semata, yang mommy punya lain tau!
#nanadmenghitunghari
#nanadfaliqyemtungguorangbaru
#mommyhana
#nadzainal”
Menurut Nad yang kini sedang sarat hamil dan menunggu hari untuk bersalin, Nad hanya membawa barang keperluan bayi seperti lampin, sarung tangan dan kaki bayi, swaddle, baju tidur, bengkung bayi, baju harian dan radio Al-Quran.
Dalam pada itu, Nad siap meminta pendapat pengikutnya mengenai jumlah barang yang dibawanya, adakah terlebih ataupun terkurang untuk memberikan komen di laman Instagram.
Untuk mommy-mommy di luar sana boleh lah berkongsi pengalaman dengan Nad!
Sumber : Instagram Nad Zainal
Baca artikel berkaitan : Sarat Mengandung, Nad Zainal Masih Gagah Buat Kerja Rumah Walaupun Perut Hampir ‘Meletup’