Connect with us

Yang Hangat

Menjerit Ketakutan Gara-Gara Lipas Terbang, Syatilla Melvin Geram Dengan Reaksi Shaheizy Sam

Lipas yang terbang tersebut hampir terkena dengan mulut Syatilla Melvin

Published

on

Terdapat seekor serangga yang ditakuti ramai orang iaitu lipas.

Lebih menggerunkan adalah apabila serangga itu boleh terbang sehingga boleh mengundang mimpi ngeri buat individu yang memang takut akannya.

Pada 22 Jun 2021, pelakon Syatilla Melvin telah berkongsi satu video yang menunjukkan detik beliau didekati seekor lipas yang terbang ketika sedang merakam video di dapur.

Baca artikel berkaitan: “Senang Nak Curang…” Syatilla Melvin Persoal ‘Privasi’ Lelaki Yang Tak Mahu Muat Naik Gambar Teman Wanita

“Mintak maaf tny. lipas ni memang babi ke??????????

Kenapa masa aku live ko nk kena kacau hidup aku!????

Sampi nk masuk dalam mulut aku, ko ingat kita kawan2 ke?hang ingat hang rama2 ka org boleh tngkap bela???????????????????

#sampalingtakguna1sen”

Syatilla yang jelas ketakutan dalam video tersebut melarikan diri daripada didekati serangga itu.

Namun yang pelik adalah reaksi suaminya, Shaheizy Sam yang dilihat tetap bersahaja dan meneruskan sesi siaran langsung sambil memasak.

Ia sehinggakan Syatilla menyatakan #sampalingtakguna1sen” kerana tidak bertindak untuk membantunya dalam situasi berkenaan.

Keadaan yang dialami Syatilla walaupun menakutkan, ia juga dilihat lucu dengan gelagat mereka suami isteri.

Sementara itu, ramai yang memberi reaksi berdasarkan hantara tersebut.

Nasib baiklah lipas itu tidak terkena mulut Syatilla.

 

Sumber: Instagram Syatilla Melvin

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.