Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Mereka Sengaja Cari Dosa” Jaafar Onn Selar Pereka Fesyen Reka Baju ‘Skin Colour’ Untuk Artis Berhijab

today9 June 2021

Background

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pakaian penyanyi sensasi iaitu Nabila Razali yang dilihat agak ketat selain bertudung singkat sehingga menampakkan bahagian dada, walaupun beliau menggunakan pakaian warna kulit.

Tampil memberikan pendapat, pelakon, pelawak dan pengacara televisyen iaitu Jaafar Onn, mendesak golongan pereka fesyen agar tidak menggunakan kain jenis warna kulit untuk rekaan pakaian artis berhijab bagi mengelakkan salah faham masyarakat.

Perkara itu telah di muat naik di laman Facebook milik beliau pada 8 Jun 2021.

“Salam untuk semua pereka fesyen. Hentikan guna kain ‘skin colour’ (warna kulit) untuk rekaan anda pada artis yang berhijab,” luahnya menerusi Facebook.

Menerusi laporan Harian Metro, Jaafar berpendapat bahawa pereka fesyen yang mereka busana tersebut adalah golongan lembut yang hanya memikirkan kecantikan dari sudut pandangan sendiri dan bukan pada kesesuaian seseorang individu tersebut.

“Mereka sengaja cari dosa. Kebanyakan pereka fesyen ini adalah golongan lembut. Mereka fikir cantik pada pandangan sendiri sahaja dan nak menampakkan artis itu seksi walaupun si artis memakai tudung.

“Artis pula tak fikir mengenai perkara ini dan terus setuju. Main pakai sahaja tanpa bantahan yang sepatutnya.”

Baca artikel berkaitan : Cantik Dalam Busana Serba Biru, Tudung Nabila Razali Mencuri Tumpuan Ramai

Jaafar yang terkenal dengan Drama Cili Padi pada tahun 1995 berkata, dia seorang yang suka berterus terang dalam sesuatu perkara termasuk dalam isu pakaian ini.

“Bab salah dan dosa, saya kena tegur dan mereka tak boleh nak pertikaikan. Saya bukan nak cari publisiti tapi ini tak sepatutnya berlaku,” katanya.

“Sebagai artis, saya nampak perkara ini dan perlu tegur. Nabila Razali baru habis satu isu, takkan nak timbulkan satu isu lagi?,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi sensasi berkenaan sebelum ini telah tampil memberi kenyataan bahawa perkara itu berpunca daripada kekhilafan diri sendiri dan selepas ini beliau akan lebih berhati-hati dengan penampilannya sebagai wanita muslimah pada masa akan datang.

 

Sumber : Facebook Jaafar Onn dan Harian Metro

Written by: Fieyna Azman


Previous post