Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Might Be Sensitive” Nafi Foto Nampak Baby Bump, Yuna Mohon Jangan Ucap Tahniah

today12 April 2021

Background

Memiliki cahaya mata merupakan impian setiap pasangan suami isteri yang sudah mendirikan rumah tangga dan pastinya soalan ‘anak’ merupakan satu soalan yang sangat sensitif kepada mereka.

Penyanyi antarabangsa, Yunalis Mat Zara’ai atau Yuna telah menafikan dakwaan kononnya beliau kini sudah berbadan dua berikutan foto yang dimuat naik olehnya pada 12 April.

“Had to repost this again minus all the misleading comments from yall. I’m not pregnant yet, that was just my lunch tummy.”

Difahamkan, posting sebelum itu telah dibanjiri dengan komen tahniah daripada pengikutnya di laman Instagram sehingga membuatkan beliau terpaksa memadam posting tersebut.

Dalam masa yang sama, Yuna yang juga merupakan ipar duai kepada penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari itu turut menasihati kepada pengikutnya supaya tidak memberi ucapan ‘tahniah’ tanpa kepastian daripada tuan empunya badan sendiri.

Perkara itu juga bertujuan untuk menjaga hati semua pasangan suami isteri yang sudah lama berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Posting tersebut turut mendapat perhatian ramai sehingga ada yang kongsikan pengalaman mereka berhadapan dengan situasi seperti itu serta luahan perasaan masing-masing.

Yuna telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Adam Yousof Mohamed Sinclair pada tanggal 26 Januari 2018 yang lalu.

Ajal, maut, rezeki dan jodoh semunya di tangan Yang Maha Esa, kita doakan yang baik-baik sahaja okay!

Sumber foto: Instagram Yuna

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Gigih Ikut Trend Video Di TikTok, Sampai Anak Pula Yang Confuse Tengok Mak Ayah. Comel!

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak tersebut.Malah, ramai yang berpendapat muka kanak-kanak itu kelihatan sebegitu kerana confuse melihat mana satu mak dan ayahnya kerana dua-dua dilihat seperti sama.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 133.6K likes dan 5,845 comments di TikTok.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

today12 April 2021