Setiap selebriti pastinya akan memiliki manager atau personal assistant tersendiri bagi memudahkan lagi urusan kerja mereka.
Lagi mudah apabila PA itu sendiri akan menyiapkan artis yang mereka jaga itu sebelum menghadiri apa-apa event atau membuat kerja
Tapi macam mana pula kalau PA tu ketinggiannya kurang daripada selebriti itu sendiri?

Itu lah apa yang terjadi kepada penyanyi antarabangsa iaitu Yunalis Zarai atau Yuna bersama PA yang dikenali Faqehah Yasin.
Penyanyi lagu Crush itu ada memuat naik dua keping fotonya bersama dengan Faqeha yang sedang membetulkan turbannya.
Rupa-rupanya Yuna memiliki ketinggian hampir 180cm ya, berbanding Faqehah yang hanya mempunyai ketinggian 144cm sahaja.
Alamak, jangan ‘tinggi shaming’ ya!
Lebih melucukan ramai yang tidak menyangka bahawa Yuna setinggi itu!
Nampaknya ketinggian Yuna memang dah setanding orang di negara barat ya!
Sumber foto: Instagram Yunalis Zarai