Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

MK K-Clique Berenang Tunjuk View Swimming Pool, Macam Biasa Netizen Tengok Benda Lain Pula

today11 March 2021

Background

Seperti biasa penyanyi kumpulan K-Clique iaitu MK pastinya sering mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila beliau memuat naik foto atau video dirinya tidak memakai baju!

Kali ini penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu telah memuat naik foto dan video beliau sedang berenang di kolam renang kediamannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Menurut MK, beliau baru mengetahui bahawa pemandangan di kolam renang itu sangat cantik!

Sejujurnya view yang ditunjukkan itu sudah semestinya cantik yang mana berlatar belakangkan ibu kota Kuala Lumpur.

Namun komen para peminatnya bukan lah mengenai view tersebut tetapi tentang dirinya yang sedang tidak berbaju!

Amboi, laju je ya semua fokus pada benda lain.

Dalam masa yang sama, ramai turut memuji kekacakan yang dimiliki oleh penyanyi berusia 25 tahun itu.

Harus lah, kan ada yang cakap orang dari Sabah ni semuanya cantik cantik dan kacak belaka, eh?

Sumber foto: Instagram MK K-Clique

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post