Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Mohon Doa Daripada Orang Ramai, Keluarga Deen Di Sarawak Dijangkiti COVID-19

today20 April 2021

Background

Kes COVID-19 yang masih belum reda kini semakin membimbangkan, apabila kes tersebut kini menunjukkan peningkatan.

Perkara ini sangat menyedihkan, apatah lagi ramai yang sebelum ini berharap dapat pulang beraya di kampung jika kes semakin menurun.

Impak peningkatan kes COVID-19 turut memberi kesan kepada penyampai Hot FM iaitu Deen.

Deen telah memuat naik satu video di Instagramnya pada 20 April 2021 berkaitan hal tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by deen (@deen_hotfm)


Baca artikel berkaitan: Deen Hot FM Hadiahkan Isteri Cincin Yang Diidam Sejak Lebih 4 Tahun Lalu

Video berkenaan memberitahu tentang berita bahawa keluarga Deen di Miri, Sarawak telah dijangkiti COVID-19.

Melalui caption:-

“Minta semua doakan kesihatan ahli keluarga saya di Miri Sarawak. Selepas adik perempuan saya positif covid-19 khamis lepas, mak, ayah, kakak, adik bongsu & seorang anak buah saya juga positif covid-19. Mereka semua duduk serumah. Paling saya risau mak ayah saya. Minta semua doakan ye ?”

Deen yang berduka dengan perkara tersebut memohon orang ramai supaya mendoakan keluarganya yang berada di Sarawak.

Sementara itu, perkongsian Deen ini mendapat perhatian teman-teman rapatnya di ruangan komen.

Semoga keluarga Deen di sana cepat sembuh!

 

Sumber: Instagram Deen

Written by: Hasanah Yusof


Previous post