Pelakon dan penyanyi Heliza Helmi sebelum ini ada berkongsi tentang Moji, haiwan peliharaannya yang menghidap kanser.
Perkara itu semestinya menyedihkan Heliza kerana terpaksa melihat Moji bertarung dengan penyakit tersebut.
Pada 23 Februari 2021, Heliza memuat naik satu hantaran di Instagram milik beliau.
Melalui perkongsian tersebut, Heliza memberitahu bahawa Moji sudah tiada.
Berita sedih itu disampaikan dengan menulis pada ruangan caption:-
“Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Habis Al Fatihah Moji pun pergi …
Baru buat live, 1 saat live kemudian Moji pergi.. Terima Kasih doakan Moji.. Allah saksi kebaikan kalian. Moga Allah kurniakan Syurga buat kalian. Aamiin
1054 malam lebih kurang Moji Cayang pergi bertemu Illahi
Kami bersyukur Ya Allah Engkau pinjamkan kami Moji , satu kebahagiaan buat kami..”
Dalam berduka dengan pemergian tersebut, Heliza juga mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan hamsternya itu.
Beliau juga menyatakan rasa syukur kerana dapat bersama Moji dan melalui hari-hari bahagia bersama.
Sementara itu, perkongsian ini juga mendapat perhatian ramai di ruangan komen.

Walaupun Moji sudah pergi, ia sudah menjadi takdir buatnya.
Haiwan itu sudah penat menanggung sakitnya sebelum ini.
Semoga Heliza kuat dengan kehilangannya itu.
Baca artikel berkaitan: Moji Hidapi Cancer Agressive, Heliza Helmi Mohon Doakan Kesihatan Hamster Kesayangan
Sumber: Instagram Heliza Helmi