Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Muat Naik Foto Bersama Aiskrim, Ramai Peminat Lelaki Serang Mahu Unfollow Elizabeth Tan

today31 March 2021

Background

Semenjak pelakon tinggi lampai Elizabeth Tan melangsungkan perkahwinan pada 21 Mac lalu, masih ramai lagi peminat lelakinya yang kecewa dan tidak boleh menerima kenyataan tentang perkara itu.

Kini sekali lagi laman Instagram milik pelakon filem Misteri Dilaila itu diserang oleh kebanyakan peminatnya lebih-lebih lagi kaum lelaki.

Elizabeth atau lebih mesra disapa dengan panggilan Lizzy itu telah memuat naik fotonya yang ketika itu sedang memegang sebatang aiskrim, namun lain pula yang terjadi di ruangan komen tersebut.

Kebanyakan mereka meninggalkan komen memberitahu telah unfollow Lizzy di laman Instagram selepas berita tentang perkahwinannya.

Alahai, takkan sebab Lizzy dah kahwin terus peminat taknak support dah kan?

Bukan main berdrama juga ya peminat Lizzy ni, sampai macam tu sekali rasa kecewa mereka.

Tapi mungkin itu hanya gurauan sahaja kerana followers Lizzy di Instagram masih lagi berjumlah 1.9 juta.

Tak kisah lah selebriti itu dah berumah tangga atau belum, kalau kita minat mereka takkan dah taknak support kan?

Sumber foto: Instagram Elizabeth Tan

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

kisah-wanita-yang-kabur-saat-ditagih-hutang-2_34

Sosial

Minta Hutang Cara Ekstrem, Keluarga Terkejut Terima Buku Yasin Dengan Gambar Penghutang

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Isu hutang ini bukan perkara baharu. Malah budaya meminta-minta selepas itu buat-buat lupa untuk membayar sudah sering terjadi. Yang menjadi beban nanti bukanlah si penghutang, tetapi si pemiutang yang terpaksa tebal muka untuk meminta wang yang sudah dipinjamkan. Terbaharu, seorang wanita di Indonesia mengambil langkah ekstrem untuk meminta hutangnya daripada seorang wanita. Dia telah bertindak menghantar... Klik sini […]

today31 March 2021