Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Muat Naik Foto Makeup Semulajadi, Kecantikan CP Khaleeda Ini Dipuji Ramai

today25 February 2021

Background

Kecantikan dan keperibadian baik yang ada pada isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ) iaitu YAM Che Puan Khaleeda Bustamam menjadikan beliau seorang yang disegani ramai.

Sering berkongsi hantaran di media sosial, Che Puan Khaleeda banyak memberi perkongsian yang berbentuk positif.

Pada 24 Februari 2021, beliau telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Dengan caption “My version of ‘No makeup’ makeup look??‍♀️?” yang ditulis, foto itu menunjukkan keayuan wajah beliau yang terlihat cantik semulajadi dengan solekan yang ringkas.

Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikannya ini termasuk suaminya, TMJ.

Sementara itu, ada juga komen yang menyatakan bahawa kecantikan luaran Che Puan Khaleeda adalah kerana kecantikan hatinya juga.

Betul tu, setuju!

Semoga beliau akan terus memberi inspirasi buat rakyat semua.

 

Baca artikel berkaitan: CP Khaleeda Dedah Pertemuan Pertama Dengan TMJ

Sumber: Instagram YAM Che Puan Khaleeda

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

BeFunky-collage-44

Sosial

Tidak Bertanggungjawab, Netizen Terkejut Lambakan Bungkusan Kurier Dibuang Di Tepi Kubur

Baru-baru ini tular dua rakaman video memaparkan lambakan bungkusan barang sebuah syarikat kurier ditemui di tempat pembuangan sampah berhampiran Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kuching Tengah di Kuala Selangor. Dua video berdurasi 0.16 saat dan 0.26 saat itu menunjukkan lambakan bungkusan barang itu yang sebahagiannya masih berbungkus dan berada di dalam guni tertera nama sebuah syarikat kurier membuatkan netizen berang.

today25 February 2021