Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Muat Naik Foto Manis Berbaju Kurung, Mira Filzah Ditegur Netizen

today24 March 2021

Background

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Mira Filzah telah memuat naik beberapa keping foto memaparkan dirinya menggayakan baju kurung berona merah hati menerusi laman Instagram miliknya.

Mira melalui kapsyen foto terbabit menyatakan baju tersebut dipakai bagi tujuan penggambaran sebuah program yang akan disiarkan pada bulan Ramadan.


Walaupun beliau sekadar menggayakannya kerana mahu mempromosi sebuah jenama, ruangan komen foto tersebut dihujani reaksi-reaksi yang baik selain ramai memuji kejelitaan yang dimiliki Mira.



Bagaimanapun, terdapat satu komen yang turut menarik perhatian ramai apabila seorang individu menegur berkenaan aurat pengacara yang mengendalikan program Nona itu.

Semoga Mira terbuka untuk menerima setiap teguran dan nasihat daripada individu ini yang bukan sahaja memberi peringatan buat pelakon yang popular menerusi drama Cinta Si Wedding Planner itu, bahkan buat dirinya sendiri.

 

Sumber foto: Instagram Mira Filzah

Baca artikel berkaitan:

Tampil Dengan Imej Baharu, Ramai β€˜Love’ Dengan Penampilan Ala Korea Mira Filzah

MK Bakal Berlakon Dengan Mira Filzah, Tapi Ramai Yang Mahukan Nabila Razali Jadi Heroin

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Keluang Man Cinonet Superhero Bermaruah, Bermoral & Berilmu

Sebelum wujudnya Upin dan Ipin, Boboiboy, Ejen Ali, The Amazing Awang Khenit dan pelbagai lagi animasi 2D dan juga 3D dalam negara ini, masyarakat kita pernah dihiburkan dengan kisah adiwira Keluang Man.Keluang Man merupakan siri animasi televisyen tempatan yang pernah popular sekitar tahun 90-an dan peminatnya kini sudah ramai yang bergelar β€˜bapa dan mak orang’.Biarpun nama Keluang Man kurang dikenali generasi sekarang, karakter Keluang Man dan Tiong Man masih mempunyai […]

today23 March 2021