Hot FM

Muat Naik Foto Segak Siap Bersongkok, Zoey Rahman Ada Kes Di Mahkamah Syariah?

Tiada angin tiada ribut, pelakon dan usahawan Zoey Rahman dikatakan telah pergi ke Mahkamah Syariah.

Ia berikutan hantaran yang dibuat pelakon itu pada 2 April 2021 melalui Instagram yang menunjukkan beliau segak berpakaian dengan turut memakai songkok.

Zoey menulis ringakas “1:06 Salam jumaat semua ❤️??” pada ruangan caption.

Sementara di ruangan komen, pengikut beliau ada bertanya jika Zoey ke Mahkamah Syariah.

Zoey pula ada menjawab satu komen dengan seakan-akan mengiya-iyakan perkara itu.

Namun hanya Zoey yang tahu perkara sebenar, mungkin juga beliau hanya bergurau melalui balasan komen tersebut.

 

Baca artikel berkaitan: Kongsi Video Buaya Makan Tangan ‘Kawan’, Netizen Rasa Kesian Dengan Hantaran Zoey Rahman

Sumber: Instagram Zoey Rahman

Exit mobile version