Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Muat Naik Foto Tak Berbaju, Ada Yang Puji Naim Daniel Masih Tutup Aurat

today4 March 2021

Background

Sekarang ni memang tengah musim selebriti work out sampai ada yang bina otot untuk menjadi sado!

Penyanyi lagu Sumpah iaitu Naim Daniel turut tidak ketinggalan untuk membina badan dan kini beliau dilihat semakin kerap memuat naik foto badannya itu.

Naim ada memuat naik foto dirinya tidak berbaju di laman Instagram miliknya sehingga membuatkan ramai pengikutnya memuji bentuk badan beliau.

Dalam masa yang sama, ada pengikutnya turut memuji apabila Naim masih lagi menutup aurat dirinya walaupun dalam keadaan tak berbaju.

Seperti yang kita tahu, aurat lelaki Muslim ialah antara pusat dan lutut.

Di dalam foto tersebut, walaupun Naim tidak berbaju namun beliau masih lagi menutup sebahagian perutnya dengan baju.

Boleh tahan sado juga ya badan Naim, sama juga macam Ismail Izzani ya.

Harapnya lepas ni tak ada la pula foto Naim dengan Ismail tak berbaju ya, hehe!

Sumber foto: Instagram Naim Daniel

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

“Nak Sangat Parking Tepi Jalan”

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna bernama @horrishit di Twitter, dia berkongsi video daripada TikTok @haery_dean di mana ia memaparkan sebuah bas RapidKL yang tidak boleh lalu akibat dihalang oleh kenderaan yang parking di tepi jalan.Sikap pemilik kenderaan yang pentingkan diri sendiri dengan meletakkan kereta mereka di tepi jalan sehingga menjadikan laluan utama sempit telah membuatkan ramai naik angin.Beberapa orang awam yang berada di situ cuba untuk mengalihkan salah... […]

today4 March 2021