Connect with us

Yang Hangat

Muat Naik Video Ketika Bersahur, Alvin Chong Pesan Jangan Tinggal Solat

Alvin banyak memberi nasihat kepada orang ramai mengenai puasa

Published

on

Ramadan untuk tahun 2021 kembali lagi dengan ibadah utama iaitu berpuasa selama sebulan.

Pelakon berbangsa Cina, Alvin Chong turut tidak ketinggalan untuk ikut berpuasa seperti kewajipan yang dilakukan oleh orang beragama Islam.

Pada 13 April 2021, Alvin telah berkongsi video secara langsung yang telah dibuatnya ketika bersahur pada hari pertama melalui Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

Baca artikel berkaitan: “Alvin Chong Anak Ikan Saya…” Fasha Sandha Minta Maaf Pada Suami, Mohon Jangan Marah

Video tersebut menunjukkan Alvin yang sedang bersahur di rumah seorang usahawan, Puteri Zarith.

Melalui caption:-

“Selamat berpuasa

Harini sahur dekat rumah @munzirshkori @puterizarith ❤️”

Alvin menceritakan tentang makanan yang beliau ambil ketika bersahur.

Pelakon tersebut juga menyatakan bahawa dirinya suka memakan kurma.

Selain itu, beliau mengajak para penonton untuk sama-sama berpuasa dan bertahan daripada lapar dan dahaga.

Alvin juga sempat mengingatkan orang ramai supaya jangan tinggal solat.

Dalam pada itu pada ruangan komen, ramai yang meninggalkan pendapat mereka berdasarkan perkongsian tersebut.

Ramai yang memuji Alvin kerana usahanya untuk berpuasa itu.

 

Sumber: Instagram Alvin Chong

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.