Ryzal Ibrahim ialah seorang bintang media sosial berasal dari Kelantan dan telah berkahwin dengan seorang warga Korea Selatan, Maryam Younarae.
Pasangan ini semakin dikenali ramai dengan aksi lucu mereka yang sering dikongsikan di media sosial.
Pada 5 April 2020, Ryzal melalui Instagramnya telah memuat naik satu hantaran.
View this post on Instagram
Perkongsian itu menunjukkan Ryzal yang sedang meniru gaya seorang penceramah agama, dan Maryam dilihat ‘memukulnya’ dengan kuali selepas itu.
Melalui caption:-
“Ustaz mana bagi ceramah macam ni saya nak jumpa lepas keluar wad”
Sementara itu pada ruangan komen, ramai netizen menegur Ryzal kerana kakinya yang dilihat menghala ke arah Al-Quran.
Mereka juga mahu Ryzal lebih peka akan perkara tersebut.
Mungkin Ryzal tidak perasan kedudukan kakinya itu.
Selepas ni, Ryzal kena lebih berhati-hati dengan Al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam tersebut.
Baca artikel berkaitan: Mahu Tiru Aksi Mawar Rashid Dan Suami, Ryzal Terjatuh Gara-Gara Maryam
Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim