Daripada Al-Harith bin Suiyed beliau berkata, telah berkata Abdullah bin Masum bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya,” (Sahih Bukhari No5255)
Video TikTok yang dimuat naik oleh pelakon drama yang popular menerusi drama Jangan Benci Cintaku, Saharul Ridzwan yang kelihatan sedang sakit seakan-akan diuji dengan kesakitan ‘penyakit’ telah menimbulkan kerisauan para peminat dan rakan selebriti yang lain.

Rata-rata peminat terkejut dengan kondisi beliau serta turut mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan beliau.
Caption video “Sabarlah Duhai Hati…”yang dimuatnaik beliau juga turut menimbulkan tanda tanya tentang kondisi kesihatan beliau serta video terbabit telah meraih sebanyak 100,000 jumlah tontonan dalam masa kurang 1 jam.
Namun begitu, beliau tidaklah memberi sebarang maklum balas di ruangan komen tersebut namun beliau telah menyatakan dengan jelas di video Insta Story beliau yang ianya adalah sekadar shooting.
Saharul Ridzwan juga telah memohon maaf di atas ‘gimik’ yang dilakukan olehnya.
“Sorry…sorry yang terkejut sorry. Shooting..shooting! Alhamdulillah masih lagi sihat, Allah bagi lagi kesihatan, alhamdulillah.”
Terdapat segelintir peminat yang telah mengikuti Insta Story beliau telah mengetahui lebih awal yang ia merupakan scene shooting. Amboi lain macam ‘gimik’ Saharul Ridzwan kali ni, lepas ni jangan ada ‘gimik-gimik’ macam ini lagi ya, terkejut peminat.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Saharul Ridzwan