Menjadi seorang pelakon bukan lah satu perkara yang mudah kerana mereka perlu menghayati watak dan turut menukar penampilan demi menyampaikan watak yang diberikan.
Membawa kelainan dalam lakonannya, Naim Daniel kini tampil dengan watak seorang askar dalam sebuah filem pendek yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Naim ada kongsikan foto beliau memakai seluar celoreng sambil memegang sebuah bagasi di hadapan keretanya.
Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di laman Instagram.
Lebih melucukan lagi apabila ada yang menyifatkan Naim terlalu kacak dan comel untuk menjadi seorang askar.


Amboi, takkan nak jadi askar muka tu kena garang je kot?
Dalam masa yang sama, ramai juga turut tidak sabar untuk melihat Naim beraksi di hadapan kamera ini merupakan pertama kali penyanyi lagu Sumpah itu membawa watak seperti demikian.
Tapi kalau askar comel macam ni, mesti ramai tak takut kan?
Sumber foto: Instagram Naim Daniel