Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Muka Isteri Ada Iras Selebriti Termasuk Fasha Sandha, Namun Berbeza Pula Pendapat Haziq Hussni

today16 April 2021

Background

Pernah tak anda dengar orang sekeliling menyamakan atau memberitahu bahawa wajah anda ada iras dengan selebriti?

Ha, itu yang berlaku kepada isteri pengacara dan penyampai Hot FM Haziq Hussni, iaitu Ayunda Putri.

Pada 15 April 2021, Haziq telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm)

Baca artikel berkaitan: “Ini Masanya Baba Berehat”- Haziq Hussni Buka Restoran, Mahu Balas Jasa Dan Penat Lelah Bapa

Menurut video tersebut, Haziq dan Putri telah membalas pendapat seseorang yang memberitahu bahawa wajah Putri kelihatan seperti pelakon Fasha Sandha.

Melalui caption:-

Gitu laaa mirip fasah sanda @ayundaputrii ? #haziqputri

Menurut Putri, dirinya sebelum ini sudah mendengar pendapat ramai tentang wajahnya ada iras selebriti Uqasha Senrose, Mia Ahmad dan Shila Amzah.

Namun berbeza pula pendapat Haziq kerana beliau memberi pendapat berlainan dalam bentuk gurauan yang menyatakan wajah isterinya itu kelihatan seperti “fasa seterusnya”.

Sementara itu, ramai yang meninggalkan komen mereka untuk perkongsian ini.

 

Sumber: Instagram Haziq Hussni

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Jatuh Kolam Ambil Makanan Bufet

Menerusi video yang berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang wanita jatuh ke dalam secara tidak sengaja semasa ingin mencari tempat duduk. Akibat terlalu leka dengan mencari tempat duduk, sehinggakan wanita itu tidak perasaan keberadaan sebuah kolam didepannya. Oleh itu, wanita itu terjatuh ke dalam kolam dengan makanannya sekali. Setelah jatuh ke dalam kolam, dia baru menyedarinya dan meminta bantuan orang sekeliling.

today16 April 2021