Hot FM

Nabila Huda Berang, Terpaksa Ulang Rekod Video Kerana Ada Kelibat Lelaki Ini

Bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut 8 Mac 2021, ramai selebriti yang memuat naik hantaran di media sosial untuk membuat ucapan.

Perkara sama turut dilakukan pelakon Nabila Huda apabila telah berkongsi satu video di Instagramnya.

Namun ada kisah di sebalik video yang dimuat naik.

Menurut caption:-

“Siapa pernah lalui benda macam ni?? Kan aku dah bertukar jadi singa! Meminta betul la mamat tu..Tak pasal-pasal nak kena record banyak2 kali! Urghhhh ??‍♀️”

Melalui video tersebut, Nabila dilihat beberapa kali merekod video berkenaan kerana terdapat seorang lelaki yang berlegar-legar di luar keretanya yang mana turut terakam dalam video beliau.

Video ini sebenarnya terlihat lucu kerana perkara sama turut dihadapi ramai orang.

Hantaran beliau juga mendapat reaksi daripada rakan-rakan selebriti di ruangan komen.

 

Baca artikel berkaitan: Pertama Kali Bawa Watak Dirasuk, Nabila Huda Dedah Cabaran Dalam Munafik

Sumber: Instagram Nabila Huda

Exit mobile version