Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Nak Buka Kes Ke? Masih Kunci Mulut, Sheila Rusly Tak Mahu Dikaitkan Dengan Janna Nick Sebelum…

today18 May 2021

Background

Hampir dua tahun, keretakan hubungan antara penerbit Sheila Rusly dan pelakon Janna Nick masih lagi tidak diketahui umum sehingga perkara itu menjadi teka-teki dalam kalangan warganet.

Namun semenjak 16 Mei lalu, nama kedua-dua selebriti ini disebut kembali oleh netizen selepas menyaksikan kemunculan Izreen Azminda dan Intan Saleh bermaaf-maafan pada program Melodi Raya.

Tetapi hakikatnya jauh di sudut hati Sheila, beliau tidak mahu lagi namanya dikaitkan dengan pelakon drama Leftenan Zana itu.

Menerusi Instagram story yang dimuat naik olehnya, Sheila dilihat sudah mula naik rimas berkaitan isu tersebut dan beliau turut sempat meninggalkan pesanan pedas.

Hal ini kerana terdapat satu akaun Twitter telah memuat naik satu twit mengatakan kononnya punca pergaduhan mereka itu disebabkan Janna menolak ‘pinangan’ Sheila untuk anak sulungnya iaitu Uzair Haqimy yang kini sudah menjadi tunangan pelakon Elisya Sandha.

“Siapa twit ni? Kelakar rabak siot. PKP ni banyak masa nak menfitnah ya. Nak bukak kes ke? Jom la kalau berani!”

Dalam masa yang sama, Sheila turut sempat memuat naik satu video masak berserta dengan caption yang penuh makna.

Apa pun, diharapkan netizen jangan lah cuba untuk menuang minyak tanah dalam api, mungkin ada sebab yang tertentu mengapa Sheila lebih memilih untuk tidak membuka mulutnya.

Jangan nanti kalau Sheila dah buka mulut, semua orang terkejut dan tak boleh terima sudah lah ya, kita doakan yang baik-baik sahaja.

Baca juga artikel berkaitan:

Nabila Razali Dan Hafiz Hamidun Sudah Berbaik, Netizen Mahu Janna Nick Dan Sheila Rusly Pula Bersua

Sumber foto dan video: Instagram Sheila Rusly

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post