Hot FM

Nak Ikut Trend Nyanyi Lagu Viral TikTok, Tapi Zizan Razak Bagi Lirik Sentap Pula…

Semakin hari ada sahaja lagu yang viral di aplikasi TikTok dan menjadi kegemaran ramai, antaranya ialah lagu Terpersona Aku Terpersona yang merupakan nyanyian asal Nas Nasareth.

@alyfaimanLove this vibe~~ ##omegle ##fyp ##tiktokmalaysia ##terpesona♬ Terpesona (feat. Bulan) – Gustixa

Lagu tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana rentaknya yang catchy berjaya menambat hati mereka yang mendengarnya.

Bagi mengikuti trend masa kini, pelawak terkenal Zizan Razak turut tidak mahu ketinggalan menyanyikan lagu tersebut bagi tatapan peminatnya di media sosial.

Namun nampaknya ada sedikit kelainan pada lirik lagu tersebut yang menjadi perhatian ramai.

Tertarik dengan lirik tersebut, ramai teman rapatnya dan followers di Instagram terhibur dengan nyanyian Zizan.

Walaupun ada yang terhibur dengan lawak tersebut, namun ada juga yang bagaikan tersentap dengan lirik tersebut.

Bagus Zizan ni, dalam menghiburkan peminat pun beliau masih sempat memberi peringataan kepada kita semua.

Dalam perkembangan lain, Zizan kini sedang sibuk mempromosikan perniagaan makanan yang sedang diusahakan olehnya.

Sumber foto dan video: Instagram Zizan Razak

Exit mobile version