Kata orang kecil-kecil cili padi, sebab tu lah kot ramai yang rasa nervous bila tengok pelakon Fara Mendoza nak masuk parking kereta.

Mana tidaknya, kereta yang dibawa olehnya itu nampak tiga kali ganda lebih besar berbanding dirinya itu.
Fara telah memuat naik satu video pendek menunjukkan dirinya sedang memandu sebuah kereta mewah tanpa bumbung.
Lebih menarik lagi, ramai pengikutnya turut terhibur melihat aksinya sehingga ada yang nampak bimbang dan menawarkan diri untuk membantu dirinya.
Dalam masa yang sama beliau turut nampak tidak berkeyakinan ketika membawa kereta tersebut, disebabkan itu lah mereka rasa bimbang.
Jangan ingat orang kecil ni tak berani nak buat benda lasak tau, badan kecil la lagi senang nak buat apa-apa aktiviti.
Dalam perkembangan lain, Fara kini sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi mengisi masa lapangnya.
Beliau turut sedang membuat persiapan awal untuk Aidilfitri nanti, katanya biar awal nanti tak ada kelam kabut jadinya.
Sumber foto dan video: Instagram Fara Mendoza