Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Nampak Dah Seri Ibu Mengandung,” Kulit Makin Glowing, Netizen Puji Lisa Surihani Bertambah Cantik

today9 March 2021

Background

Umum mengetahui aktress Lisa Surihani kini sedang hamil anak ketiga selepas mengumumkannya pada 24 Februari lalu bagi menjawab pertanyaan para media.

Walaupun isteri kepada pelakon Yusry Abdul Halim itu belum mendedahkan usia kandungannya, Lisa tampak berseri dalam foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Foto tersebut juga telah dibanjiri dengan komen-komen positif daripada rakan-rakan dan pengikutnya.



Hot FM mendoakan agar kandungan Lisa dan dirinya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan agar dipermudahkan segala urusan bersalin nanti.

Untuk rekod, Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne serta Yusof Leonne.

 

Sumber foto: Instagram Lisa Surihani

Baca artikel berkaitan: “Tanpa Niat Ingin Sembunyi, Kami Cuma…” Yusry Sahkan Lisa Surihani Hamil Anak Ketiga

Written by: Azra Azuar


Previous post