Connect with us

Yang Hangat

“Nampak Macam Gegirl” Da’i Syed Buat Video Trend TikTok, Tapi Kucingnya Pula Dapat Perhatian

Lain macam trend ni siap berkain batik, lagi bagus tak bahayakan keselamatan buat dalam kereta kan!

Published

on

Nama pendakwah selebriti, Da’i Syed mungkin tidak asing lagi buat segelintir warganet lebih-lebih lagi selepas isunya berkaitan kes cabul beberapa gadis yang tular sekitar November tahun lalu.

Namun kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis dan Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful tetap meneruskan kehidupan seperti biasa dan kini beliau turut sedang sibuk menjalankan perniagaan biskut ibunya.

Sama seperti orang lain, semestinya Syed mahu mengikut trend masa kini di aplikasi terkenal TikTok dan disebabkan itu pendakwah berusia 26 tahun itu telah memuat naik satu video mencuit hati di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Video tersebut merupakan trend yang sedang hangat dibuat di aplikasi TikTok yang mana memerlukan kita memandu kereta sambil memakai tudung bercorak atau kaca mata hitam.

Disebabkan tidak mahu membahayakan keselamatan, Syed mengambil keputusan untuk membuat video bersama dengan kucingnya yang diberi nama Jonnie.

Lebih menarik lagi apabila Syed dan Jonnie hanya mengambil video di atas sofa sambil memakai kain batik sahaja!

Perhatian terus diberikan kepada Jonnie yang kelihatan sangat comel sambil membuat muka selamba.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan Syed kelihatan seperti seorang gadis!

Bagus juga tak buat TikTok sambil memandu, jangan hanya untuk ikut trend sampai sanggup nak bahayakan keselamatan diri ya!

Sumber foto dan video: Instagram Da’i Syed

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di