Hot FM

Nora Danish Baru Nak Manja Dengan Nedim, Ney Ney Pula Kacau Daun!

Aksi manis-manis ‘potong kaki’ antara pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri ini sering menjadi perhatian ramai termasuk anak bongsu mereka sendiri iaitu Ney Ney.

Nora ada memuat naik video mesranya bersama dengan Nedim namun tidak lama kemudian si kecil itu secara perlahan-lahan telah menuju ke mereka dan mengambil keputusan untuk kacau daun pula!

Aksi Ney Ney itu turut mendapat perhatian ramai dan menyifatkan ia sebagai satu perkara biasa yang akan berlaku kepada pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil.

Dalam masa yang sama, ada pula yang telah meneka bahawa Nora kini sedang berbadan dua!

Alaaa, takkan kena pregnant baru boleh nak sweet sweet dengan husband pula kan?

Seperti yang kita tahu, Nora memang seorang yang manja apabila bersama dengan suami dan juga anak-anaknya.

Sebelum ini mereka turut ada memuat naik foto bercumbu di laman Instagram, tetapi telah dikecam oleh netizen yang menganggap ia sebagai satu aksi yang tidak sopan.

Bukan selalu nak tunjuk sweet tu dekat public kan, sekali sekala tu apa salahnya.

Apa pun semoga rumah tangga Nora dan Nedim berkekalan hingga ke anak cucu!

Sumber foto dan video: Instagram Nora Danish

Exit mobile version